Kalau anda eksport F&B ke Eropah, ada satu update besar masuk Julai 2026 yang
rasa anda perlu tahu — BPA ban menyeluruh.
Apa BPA dan kenapa kena ban?
BPA (Bisphenol A) adalah bahan kimia dalam lining tin makanan, beberapa jenis plastic container, dan kadangkala coating dalam kraft yang ada plastic film. EU dah declare BPA sebagai endocrine disruptor — boleh ganggu hormon, terutama untuk kanak-kanak. Mulai Julai 2026, EU akan ban BPA dalam semua food contact materials. Brazil, UK, dan beberapa negara lain sedang ikut sama.
Implikasi untuk pengeluar MY
Kalau anda eksport kuih, sambal, atau frozen food ke EU — packaging anda kena BPA-free certified, dengan sijil dari supplier. Kraft mentah (tiada PE coating) automatik BPA-free. Plastic-lined kraft pula kena confirm dengan supplier. Lebih baik ready awal daripada last minute.
WhatsApp 017-231 0629 · Email [email protected]
Bungkus baik, bumi senang.
— Hannah, 
